Jumaat, 29 November 2013

Aqeel sangat suka berkebun sayur.Kebun sayur Aqeel luasnya setengah hektar.Aqeel menanam pelbagai jenis sayur di kebunnya. Sayur- sayuran itu ialah sawi,kubis,petola,cili,kacang panjang,terung, dan ubi keledek. 

Sebelum menanam sayur Aqeel membersihkan kawasan.Kemudian dia mennggembur tanah dan dijadikan batas.Sesudah itu ditaburnya baja.Aqeel menanam biji benih pada waktu-waktu tertentu. Setelah menanam benih Aqeel menyiramnya setiap hari.

Penyembur air automatik di pasang di sekitar kebun sayur Aqeel.Peyembur itu menyiram sayur -sayurannya pada masa yang ditetapkan.Aqeel membubuh baja dan menjaga sayur-sayurannya setiap hari.

Kini sayur-sayuran di kebun Aqeel sudah matang. Aqeel memungut sayur-sayuran itu untuk dijual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan